PERHATIAN! JANGAN LAKUKAN....

Berikut adalah langkah-langkah yang TIDAK BOLEH dilakukan ketika mengendalikan Kit Cendawan :

1. Potong terlalu dalam.
Pastikan anda hanya memotong PLASTIK, dan bukan badan Kit Cendawan Ajaib. Lebih mudah jika anda menggunakan pisau yang kecil dan tajam (seperti gambar).


2. Menggunakan air paip.
Tidak boleh menggunakan paip kerana Kit Cendawan Ajaib ini mempunyai bahan-bahan organik dan tiada racun kimia. Dikhuatiri klorin atau bakteria dari air paip berkenaan akan merosakkan benih cendawan. Gunakan air yang telah dimasak (tidak panas), air yang ditapis atau air mineral.


3. Menyiram atau menyembur air dengan semburan yang tajam.
Anda hanya perlu menyembur air dan tidak perlu menyiram air kepada Kit Cendawan Ajaib ini. Semburan yang sepatutnya dilakukan adalah seperti gambar di bawah.


4. Letak di tempat yang panas.
Letakkan Kit Cendawan Ajaib ini di tempat yang redup atau tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Jangan letak Kit Cendawan ini di tempat yang kita sendiri terasa kepanasannya.


5. Sentuh di tempat yang dipotong.
Jangan sentuh di tempat yang dipotong X tersebut. Ia boleh menyebabkan Kit Cendawan Ajaib ini dijangkiti kuman yang terdapat pada jari kita. Ianya sensitif kerana ianya organik. Sentuh cendawan hanya bila kita ingin mencabutnya.





No comments:

Post a Comment